-sila baca dan ambil pengajaran-
Aku merupakan anak sulung dalam keluargaku. Aku mempunyai 8 orang adik beradik perempuan ke semuanya yang mana kesemuanya masih kecil dan bersekolah. Ayahku bekerja sebagai pengawal keselamatan dan emak menjual kuih dari rumah ke rumah secara kecil-kecilan. Aku dan adik-adik hidup dalam keadaan ibarat kais pagi maka pagi, kais petang makan petang kerana gaji emak dan ayah yang tidak seberapa. Perkhidmatan elektrik di rumahku telah dipotong minggu lepas kerana sudah beberapa bulan ayah tidak mampu untuk membayar bil elektrik lantaran kewangan yang mendesak. Beberapa bulan yang lalu ayahku telah ditipu oleh individu aku sendiri kenal. Sebahagian wang simpanan untuk menyara keluarga dalam bank lesap. Inilah yang menyebabkan ayahku tidak mampu untuk membayar bil elektrik. Ayah terpaksa mendahulukan bil air kerana itulah yang lebih penting. Yuran sekolah aku dan adik-adik juga sudah lama tidak berbayar. Guru kelasku juga telah berkali-kali bertanyakan hal ini menyebabkan aku berasa malu kerana hanya aku sahaja yang belum membayar yuran persekolahan.
Sejak perkhidmatan elektrik rumah aku dipotong adik-adik aku sering menangis pada malam hari jika ayahku bekerja shift malam kerana takut dan tidak biasa dengan keadaan bergelap. Aku terpaksa memujuk mereka supaya mereka berhenti menangis. Semenjak keluargaku terpaksa hidup dalam keadaan bergelap ini tidak pernah ada pun jiran-jiran yang datang bertanya dan membantu keluargaku. Walhal keluargaku tinggal dalam kawasan taman perumahan dan amat mustahil mereka tidak tahu. Mungkin kerana sibuk dengan urusan harian mereka. Kami hidup seolah-olah tidak mempunyai jiran. Tetapi aku pasrah dengan keadaan ini dan aku telah bertekad keluargaku boleh hidup tanpa bantuan mereka semua yang hanya mementingkan harta dunia.
Pernah beberapa kali aku memohon kepada ayahku untuk berhenti sekolah dan bekerja bagi membantu meringankan beban ayahku. Aku mahu adik-adik aku dapat belajar dengan sempurna dan aku sanggup mengorbankan masa depanku. Kata-kata ayah yang sering mengecewakan aku “ayah mampu nak bekerja lagi. Ayah nak kamu belajar sungguh-sungguh ja. Ayah tak nak kamu jadi cm ayah”. Ayah mana yang tidak mahu melihat anak-anaknya berjaya. Aku merasa seperti hendak menitiskan air mata mendengar kata-kata ayah itu. Mulianya kasih seorang ayah. Aku dan adik-adik dididik seperti menatang minyak yang penuh dan diberikan pendidikan untuk memastikan aku dan adik-adik berjaya dalam hidup.Inilah yang menjadi pembakar semangat kepadaku untuk terus belajar.
Malam ini ayah terpaksa bekerja shift malam sebagai pengawal keselamatan. Bila ayah bekerja shift malam, pada sebelah siang ayahku akan melakukan kerja tambahan untuk mendapatkan wang saku tambahan. Sepatutnya waktu siang itu masa untuk ayahku berehat setelah 12 jam berjaga. Kadang-kadang aku menangis melihat susah payah ayah mencari sesuap nasi untuk menyara keluargaku. Seawal pukul 7 malam ayah telah keluar untuk ke tempat kerjanya dengan menaiki motosikalnya yang menjadi nadi utama keluargaku. Segala pergerakan keluargaku bergantung kepada motosikal ayahku dengan izin Rabbul Jalil Allah. Malam itu sekali lagi adik-adikku menangis kerana takut sebab ketiaaan ayah. Keluargaku memang amat bergantung kepada ayahku semata-mata.
Akhirnya, aku berjaya menidurkan semua adik-adikku dan aku pun tidur bersama-sama dengan mereka. Emakku tidur bersendirian di dalam bilik di belakang. Mataku seolah-olah tidak mahu tidur lagi kerana mindaku ligat berfikir banyak perkara. Tiba-tiba aku teringat akan emakku di bilik belakang. Aku berjalan perlahan-lahan ke bilik emakku kerana tidak mahu adik-adikku terjaga. Aku lihat emakku tidur dalam keadaan kesejukkan dan tanpa selimut. Aku kembali semula ke bilikku untuk mengambil selimutku dan menyelimutkan emakku. Sudah lama aku tidak tidur dengan emakku. Aku mengambil keputusan untuk tidur sebelah emak. Aku berbaring dengan perlahan kerana takut emakku yang tidur nyenyak terjaga. Seharian ibu menjual kuih dari rumah ke rumah dan menguruskan aku dan adik-adikku pasti memenatkan.
Tiba-tiba aku terkejut kerana bunyi hentakan pada pintu bilik emakku yang sangat kuat. Aku lihat tubuh sasa dua orang lelaki yang berdiri di depan pintu bilik. Emak juga turut terjaga. Mereka memberi arahan agar tidak membuat bising. Aku berasa sangat takut dan terus memeluk emakku. Salah seorangnya bertanya di manakah tempat menyimpan wang dan barang kemas. Emak menjawab dengan terketar-ketar bahawa kami tidak ada sebarang wang mahupun barang kemas. “Susah payah kami masuk ke sini berani kau kata tak ada wang”. Kata salah seorang daripada mereka dengan suara separuh berbisik. “Tapi tak pe, anak kau sudah cukup untuk menggantikan segalnya”. Kata lelaki yang bertubuh sasa itu sambil melihat kearah aku. Mereka menghampiri ku sambil memegang bajuku. Aku cuba melawan tetapi ditampar dengan kuat. Emakku pula cuba membantu tetapi juga ditendang dengan kuat sehingga tercampak ke depan pintu bilik. Mereka cuba merentap baju ku. “Pe korang nak buat dengan anak aku ni?”.Tanya emakku. “Wang mesti diganti dengan tubuh badan yang segar”. Jawab salah seorang daripada mereka sambil tersenum sinis membuatkan aku menjadi geram. “Aku rela korang rogol aku. Tapi dengan satu syarat jangan korang sentuh anak aku”. Rayu emakku. Aku sangat terkejut mengapa emakku sanggup berbuat begitu. Kedua-dua perompak itu bersetuju dengan syarat yang diberi emakku. Pakaian emakku ditanggalkan satu persatu sehingga tidak ada seurat benang pun di tubuh badan emak seperti dengan kerelaan emakku. Mereka telah merogol emakku secara bergilir-gilir depan mata ku. Aku hanya mampu melihat tubuh lemah emakku dilanyak kedua-dua lelaki bernafsu binatang itu. Apabila mereka puas mereka pun megucapkan terima kasih kepada emakku dan berlari keluar daripada rumahku.
Aku memeluk erat emakku.”Emak tak ada apa-apa. Yang penting along selamat”. Lidahku ketika itu kelu dan tidak ada sebarang suara yang keluar melainkan esak tangis ku sahaja. “Along jangan cakap kat abah pe yang berlaku ni boleh?”. Aku masih terdiam seribu bahasa. Aku tidak dapat menggambarkan mulianya kasih seorang ibu yang sanggup berbuat apa-apa sahaja demi menyelamatkan anak-anak. Hatta maruah sekalipun ibu sanggup korbankan. Aku menangis di atas sejadah mengenangkan mulianya eorang ibu ini sehingga mentari menampakkan dirinya. Pengorbanan emakku ini akan ku kenang sampai mati.
~Hargailah ibumu selagi mana boleh bernafas di atas muka bumi ini~
~Jangn menyakitkan hati mereka kerana kasih sayang mereka amat mulia~
~Harap semua pembaca dapat mengambil iktibar daripada kisah ini~
-cerita ini tidak ada kaitan dengan yang hidup taupun yang telah mati-
~7.03ptg~
No comments:
Post a Comment