My Blog List

Saturday, March 31, 2012

Assalamualaikum semua...Aku mohon ya Allah ampunkan dosaku,kedua ibu bapaku,ahli keluargaku,guru2ku dan seluruh pembaca serta umat islam sama ada yang hidup atau yang telah mati..aku mohon juga pada Mu ya Allah agar meletakkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dan meletakkan rasa istiqamah dalam diri aku,ibu bapa aku, semua ahli keluarga aku dan para pembaca semua untuk terus menulis perkara2 kebaikan..amin…=)..aku mohon pada Mu ya Allah tambahkanlah rasa cinta aku dan pembaca kepada Mu dan kekasih Mu Rasulullah..amin..

Esok merupakan 1 April 2012 iaitu satu tarikh yang selalu disambut oleh segelintir umat Islam. Tarikh ini juga dinamakan sebagai April Fool. Perlu kita ketahui bahawa disebalik tarikh ini terdapat peristiwa yang sangat menyayat hati bagi seorang umat Islam. Kita perlu mengkaji tarikh ini kerana ramai umat Islam yang diperbodohkan dengan tarikh ini walaupun memiliki kelulusan yang tinggi dan kerjaya yang tinggi. Saya tidak perlu untuk mengulas apakah peristiswa disebalik tarikh ini. Para pembaca boleh baca di sini.http://muzir.wordpress.com/2011/04/01/fatwa-hukum-menyambut-april-fool/

Saya bercakap atas dasar taklifan saya sebagai Ketua Lajnah Dakwah dan Siasah Persatuan Agama Islam IPG Kampus Pulau Pinang 2012 yang menjadi tanggungjawab saya untuk mengingatkan sahabat-sahabat pelajar guru. Kita sedia maklum bahawa April Fool bukanlah budaya kita, tetapi ia merupakan budaya yang dibawa masuk dari Barat.  Dan ISLAM juga sangat-sangat melarang ummatnya melakukan perbuatan menipu dengan sengaja, walau dalam bentuk apa sekalipun, samada dalam bentuk gurauan ataupun bukan. Lazimnya, tarikh ini digunakan untuk membuat kejutan kepada ahli keluarga, kawan2 dan sesiapa sahaja. Ada segelintir umat Islam yang mengenakan kawan2 mereka sempena tarikh ini. Jangan  ada antara kita yang cuba-cuba berusaha untuk melakukan perkara yang tidak berfedah ini kerana di sebalik tarikh ini ada peristiwa yang memperlihatkan umat islam ditindas dan dibunuh.

Saya cuba mengaitkan juga peristiwa ini dengan perbuatan sahabat-sahabat di tempat saya belajar yang gemar bergurau dan mengenakan kawan-kawan pada hari jadi. Tepat jam 12 malam kawan-kawan yang lain berpakat untuk mengenakan seorang sahabat lain dengan gurauan seperti membaling telur, menyiram dengan air sabun, membaling tepung dan sebagainya. Mereka akan menyambut hari kelahiran kawan mereka sebegini rupa dengan suasana riuh rendah dalam blok. Bukanlah amalan orang Islam menyambut hari lahir dengan sebegini rupa. Satu perkara lagi ia melibatkan satu pembaziran telur dan tepung. Kita maklum bahawa mebazir ini amalan saudara syaitan (moga kita dijauhkan oleh Allah dari perbuatan ini).


Kesimpulannya, saya menyeru kepada semua pembaca agar tidak melakukan dua perkara yang tidak berfaedah yang telah saya sebutkan di atas. Moga kita semua mendapat taufik dan rahmat daripada Allah.



Monday, March 5, 2012

~MENANTI SYEIKH AHMAD DABBAGH ULAMA' DARI EROPAH~


Assalamualaikum semua...Aku mohon ya Allah ampunkan dosaku,kedua ibu bapaku,ahli keluargaku,guru2ku dan seluruh pembaca serta umat islam sama ada yang hidup atau yang telah mati..aku mohon juga pada Mu ya Allah agar meletakkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dan meletakkan rasa istiqamah dalam diri aku,ibu bapa aku, semua ahli keluarga aku dan para pembaca semua untuk terus menulis perkara2 kebaikan..amin…=)

Kali ni aku nak bercerita tentang kepentingan bersama dan berdampingan dengan para ulama’ tidak kira ulama’ melayu atau ulama’ antarabangsa..tetapi kita harus (harus Indonesia) mengenal dahulu apakah yang dikatakan ulama’ yang sebenar..ulama’ yang sebenar ialah ulama’ yang hanya takut kepada Allah tanpa ada sedikitpun rasa takut kepada manusia..ulama’ bercakap berdasarkan al-quran, as-sunnah, ijma’ ulama’ dan qias..bukannya ulama’ yang bercakap mengikut kehendak dirinya dan diri kumpulannya atau ketuanya..ini ulama hanya pada nama..orang yang dia tahu satu2 perkara itu salah tetapi tidak memberitahu kepada orang lain dia dikatakan syaitan bisu..apatah lagi ulama’ yang sengaja mengeluarkan fatwa yang jelas2 melawan hukum dalam al-quran.

Aku nak bercakap tentang ulama’ yang hadir di bumi ipg kampus pulau pinang tempat aku belajar ni..aku berasa syukur sangat2 kerana ulama’ ni akan hadir memberi taujihad kepada warga penduduk di sini..sekurang2 nya warga penduduk sini dapat jugak tumpang berkat para ulama’ pewaris Rasulullah ni..teringat kata2 seorang ulama’ dari yaman”Habib Umar bin Hafiz” tentang mendampingi dan bersama para ulama’.

Habib Umar
“sesungguhnya orang yang tidak melihat kaum solihin (orang-orang soleh) tidak akan dapat memandang Rasulullah.orang yang tidak memandang mereka tidak akan dapat memandang Rasulullah. Dan orang yang tidak menjalin hubungan dengan mereka, tidak akan dapat berhubungan dengan Rasulullah. Ketahuilah bahawa kaum solihin adalah sebahagian daripada Rasulullah. Mereka adalah pewaris Rasulullah.Mereka adalah khalifah Rasulullah”

Anda akan berasa satu ketenangan yang xdapat digambarkan dengan kata2 bila duduk satu majlis dengan para ulama’.apatah lagi duduk berdekatan dengan ulama’ yang menyampaikan ilmu..sebab tu lah dalam majlis ilmu kena berebut dok depan untuk tumpang berkat ulama’. Apabila menyentuh tangan ulama’ kita akan merasakan sangat hina kerana tangan kita yang kotor dan hina dengan dosa yang kita buat sebenarnya xlayak langsung untuk menyentuh tangan yang mulia..kadang2 kita rasa takut untuk berjumpa dengan ulama’ kerana diri kita sangat hina dan banyak dosa..tetapi ulama’ tidak pernah memandang kita macam tu dan bersedia menyampaikan ilmu dengan ikhlas..


In sya Allah pada hari RABU ini bersamaan dengan 7/03/2012 seorang ulama’ berketurunan Imam Hasan Basri dari MANCHESTER UK akan hadir ke tempat aku untuk memberi taujihad dan amanat..nama beliau ialah SYEIKH AHMAD DABBAGH.majlis akan diadakan di SURAU AL-FALAH IPG KAMPUS PULAU PINANG bermula SELEPAS MAGHRIB..majlis akan dimulakan dengan alunan qasidah puji-pujian memuji baginda Rasulullah daripada kumpulan AL-FAIDH..selepas itu akan disusuli dengan mutiara kata daripada syeikh dalam bahasa arab atau bahasa inggeris (xkonfem lg) dan akan diterjemah..Majlis akan ditutup dengan beberapa buah alunan qasidah lagi sekali lagi daripada kumpulan AL-FAIDH..

Aku berasa sangat bersyukur kerana Allah mengurniakan nikmat ini kepada aku dan sahabat2 aku di sini untuk bersama2 dengan para ulama’..


SYEIKH AHMAD DABBAGH AKAN HADIR  (RABU) 7/03/2012

“AYUH SAHABAT2 ORANG MUDA KITA PENUHKAN RUANG SURAU AL-FALAH UNTUK MEYAMBUT KEDATANGAN ULAMA’ INI..DIGALAKKAN MEMAKAI PAKAIAN BERWARNA PUTIH”


Friday, March 2, 2012

~AL-FAIDH PENYEBAR CINTA BUAT-MU YA RASULULLAH~


Assalamualaikum ya habibi semua…moga2 semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dalam keadaan sentiasa mengingati Allah..


Post kali ini aku nak cerita satu perkataan iaitu AL-FAIDH.Jika dilihat secara zahir aku rasa kita pasti xnampak pun apa yang istimewa kat perkataan ni. Maksud dia pun biasa2 ja iaitu ‘limpahan’. “Hanya Jauhari Yang Mengenal Manikam”. Hanya orang yang mengerti sahaja akan menghargai dengan sesungguhnya perkataan ni..=).

Ini merupakan nama sebuah kumpulan qasidah di tempat aku ni..


kumpulan al-faidh sedang membuat persembahan di satu majlis


kumpulan al-faidh bersama dengan sidi syeikh rohim

IPG Kampus Pulau Pinang..kata lain maktab perguruan la..ada orang Tanya plak qasidah tu apa ekk???haa qasidah ni alunan syair puji-pujian kepada Allah dan Rasulullah yang dikarang oleh pencinta Allah dan Rasul sejak dulu..Apabila mereka terlalu sayang dan rindukan Allah dan Rasulullah maka mereka memuji-muji Allah dan Rasul.. Qasidah boleh dikatakan sebagai puisi atau puji-pujian terhadap Allah mahupun Habibuna Rasulullah S.A.W. Qasidah sangat terkenal di kalangan ahli-ahli sufi sebagai satu cara mereka meluahkan rasa rindu dan kagum mereka kepada Allah, RasulNya, Para Sahabat Nabi, Wali-wali Allah dan guru-guru mereka yang Mursyid.

Kita tengok pada orang yang sedang hangat bercinta mereka pasti gemar melagukan lagu2 cinta.sama juga dengan wali2 Allah ini apabila mereka sangat cintakan Allah dan Rasul mereka pasti akan memuji kekasih mereka itu..Beza orang yang sedang bercinta kerana dunia mereka hanya akan memuji kekasih mereka itu apabila kekasih mereka berada di depan mereka..kalau xdak depan depa,depa kutuk berasap..hehe..tetapi cinta para wali ini sangat mendalam dan hakiki..dimana sahaja mereka pasti memuji kekasih mereka..ni adalah asal-usul qasidah yang aku tau la..sapa lagi yg tau bleh tambah..


Balik kepada matlamat asal kita berkaitan dengan AL-FAIDH..nama kumpulan qasidah kat tempat aku.Nama kumpulan ni istimewa kerana diijazahkan oleh guru kami yang mulia Sidi Syeikh Rohimuddin An-Nawawi..seorang ulama’ dari Indonesia berketurunan Rasulullah dan menetap di Cairo Mesir. Nama ini diberi ketika kunjungan sidi ke tempat kami buat kali pertamanya pada tahun lepas..kami memohon syeikh memberikan nama kepada kumpulan kami ini.penubuhan kumpulan ini tidak ada sebab lain melainkan hanya untuk menzahirkan rasa cinta kita kepada Rasulullah SAW dan ingin mengajak semua orang turut rasa apa yang kami rasa..



 sidi syeikh rohimuddin


al-faidh bermaksud limpahan cinta Rasulullah..dengan pengijazahan nama ini sidi berharap al-faidh dapat melimpahkan rasa cinta kepada baginda kepada semua orang..teringat kata2 ketika kuliah di sini
"al-faidh ini sentiasa di hati saya dan saya sentiasa mendoakan al-faidh agar terus dapat membawa nama Rasulullah dan melimpahkan rasa cinta kepada semua orang"
aku masa dengaq sidi kata camni rasa sebak xsangka kumpulan kami ini sentiasa berada di hati sidi.Al-faidh banyak mendapat undangan dari pihak2 luar untuk membuat persembahan dan kami sentiasa cuba untuk memenuhi undangan tersebut..qasidah adalah khidmat dan kami tidak mengenakan sebarang bayaran tetapi terpulang kepada pihak penganjur..

kumpulan kami ini juga baru dan sedang belajaq dan dalam pembinaan.jadi kami memerlukan sangat bantuan dan sokongan dari semua pihak..



Aku rasa dah panjang aku tulis moga2 bermanfaat kepada semua yang baca ni..doakan al-faidh sentiasa istiqamah menyebarkan cinta kepada kekasih kita Rasulullah SAW..
sekian,wasslam...