My Blog List

Saturday, March 31, 2012

Assalamualaikum semua...Aku mohon ya Allah ampunkan dosaku,kedua ibu bapaku,ahli keluargaku,guru2ku dan seluruh pembaca serta umat islam sama ada yang hidup atau yang telah mati..aku mohon juga pada Mu ya Allah agar meletakkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dan meletakkan rasa istiqamah dalam diri aku,ibu bapa aku, semua ahli keluarga aku dan para pembaca semua untuk terus menulis perkara2 kebaikan..amin…=)..aku mohon pada Mu ya Allah tambahkanlah rasa cinta aku dan pembaca kepada Mu dan kekasih Mu Rasulullah..amin..

Esok merupakan 1 April 2012 iaitu satu tarikh yang selalu disambut oleh segelintir umat Islam. Tarikh ini juga dinamakan sebagai April Fool. Perlu kita ketahui bahawa disebalik tarikh ini terdapat peristiwa yang sangat menyayat hati bagi seorang umat Islam. Kita perlu mengkaji tarikh ini kerana ramai umat Islam yang diperbodohkan dengan tarikh ini walaupun memiliki kelulusan yang tinggi dan kerjaya yang tinggi. Saya tidak perlu untuk mengulas apakah peristiswa disebalik tarikh ini. Para pembaca boleh baca di sini.http://muzir.wordpress.com/2011/04/01/fatwa-hukum-menyambut-april-fool/

Saya bercakap atas dasar taklifan saya sebagai Ketua Lajnah Dakwah dan Siasah Persatuan Agama Islam IPG Kampus Pulau Pinang 2012 yang menjadi tanggungjawab saya untuk mengingatkan sahabat-sahabat pelajar guru. Kita sedia maklum bahawa April Fool bukanlah budaya kita, tetapi ia merupakan budaya yang dibawa masuk dari Barat.  Dan ISLAM juga sangat-sangat melarang ummatnya melakukan perbuatan menipu dengan sengaja, walau dalam bentuk apa sekalipun, samada dalam bentuk gurauan ataupun bukan. Lazimnya, tarikh ini digunakan untuk membuat kejutan kepada ahli keluarga, kawan2 dan sesiapa sahaja. Ada segelintir umat Islam yang mengenakan kawan2 mereka sempena tarikh ini. Jangan  ada antara kita yang cuba-cuba berusaha untuk melakukan perkara yang tidak berfedah ini kerana di sebalik tarikh ini ada peristiwa yang memperlihatkan umat islam ditindas dan dibunuh.

Saya cuba mengaitkan juga peristiwa ini dengan perbuatan sahabat-sahabat di tempat saya belajar yang gemar bergurau dan mengenakan kawan-kawan pada hari jadi. Tepat jam 12 malam kawan-kawan yang lain berpakat untuk mengenakan seorang sahabat lain dengan gurauan seperti membaling telur, menyiram dengan air sabun, membaling tepung dan sebagainya. Mereka akan menyambut hari kelahiran kawan mereka sebegini rupa dengan suasana riuh rendah dalam blok. Bukanlah amalan orang Islam menyambut hari lahir dengan sebegini rupa. Satu perkara lagi ia melibatkan satu pembaziran telur dan tepung. Kita maklum bahawa mebazir ini amalan saudara syaitan (moga kita dijauhkan oleh Allah dari perbuatan ini).


Kesimpulannya, saya menyeru kepada semua pembaca agar tidak melakukan dua perkara yang tidak berfaedah yang telah saya sebutkan di atas. Moga kita semua mendapat taufik dan rahmat daripada Allah.



Monday, March 5, 2012

~MENANTI SYEIKH AHMAD DABBAGH ULAMA' DARI EROPAH~


Assalamualaikum semua...Aku mohon ya Allah ampunkan dosaku,kedua ibu bapaku,ahli keluargaku,guru2ku dan seluruh pembaca serta umat islam sama ada yang hidup atau yang telah mati..aku mohon juga pada Mu ya Allah agar meletakkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dan meletakkan rasa istiqamah dalam diri aku,ibu bapa aku, semua ahli keluarga aku dan para pembaca semua untuk terus menulis perkara2 kebaikan..amin…=)

Kali ni aku nak bercerita tentang kepentingan bersama dan berdampingan dengan para ulama’ tidak kira ulama’ melayu atau ulama’ antarabangsa..tetapi kita harus (harus Indonesia) mengenal dahulu apakah yang dikatakan ulama’ yang sebenar..ulama’ yang sebenar ialah ulama’ yang hanya takut kepada Allah tanpa ada sedikitpun rasa takut kepada manusia..ulama’ bercakap berdasarkan al-quran, as-sunnah, ijma’ ulama’ dan qias..bukannya ulama’ yang bercakap mengikut kehendak dirinya dan diri kumpulannya atau ketuanya..ini ulama hanya pada nama..orang yang dia tahu satu2 perkara itu salah tetapi tidak memberitahu kepada orang lain dia dikatakan syaitan bisu..apatah lagi ulama’ yang sengaja mengeluarkan fatwa yang jelas2 melawan hukum dalam al-quran.

Aku nak bercakap tentang ulama’ yang hadir di bumi ipg kampus pulau pinang tempat aku belajar ni..aku berasa syukur sangat2 kerana ulama’ ni akan hadir memberi taujihad kepada warga penduduk di sini..sekurang2 nya warga penduduk sini dapat jugak tumpang berkat para ulama’ pewaris Rasulullah ni..teringat kata2 seorang ulama’ dari yaman”Habib Umar bin Hafiz” tentang mendampingi dan bersama para ulama’.

Habib Umar
“sesungguhnya orang yang tidak melihat kaum solihin (orang-orang soleh) tidak akan dapat memandang Rasulullah.orang yang tidak memandang mereka tidak akan dapat memandang Rasulullah. Dan orang yang tidak menjalin hubungan dengan mereka, tidak akan dapat berhubungan dengan Rasulullah. Ketahuilah bahawa kaum solihin adalah sebahagian daripada Rasulullah. Mereka adalah pewaris Rasulullah.Mereka adalah khalifah Rasulullah”

Anda akan berasa satu ketenangan yang xdapat digambarkan dengan kata2 bila duduk satu majlis dengan para ulama’.apatah lagi duduk berdekatan dengan ulama’ yang menyampaikan ilmu..sebab tu lah dalam majlis ilmu kena berebut dok depan untuk tumpang berkat ulama’. Apabila menyentuh tangan ulama’ kita akan merasakan sangat hina kerana tangan kita yang kotor dan hina dengan dosa yang kita buat sebenarnya xlayak langsung untuk menyentuh tangan yang mulia..kadang2 kita rasa takut untuk berjumpa dengan ulama’ kerana diri kita sangat hina dan banyak dosa..tetapi ulama’ tidak pernah memandang kita macam tu dan bersedia menyampaikan ilmu dengan ikhlas..


In sya Allah pada hari RABU ini bersamaan dengan 7/03/2012 seorang ulama’ berketurunan Imam Hasan Basri dari MANCHESTER UK akan hadir ke tempat aku untuk memberi taujihad dan amanat..nama beliau ialah SYEIKH AHMAD DABBAGH.majlis akan diadakan di SURAU AL-FALAH IPG KAMPUS PULAU PINANG bermula SELEPAS MAGHRIB..majlis akan dimulakan dengan alunan qasidah puji-pujian memuji baginda Rasulullah daripada kumpulan AL-FAIDH..selepas itu akan disusuli dengan mutiara kata daripada syeikh dalam bahasa arab atau bahasa inggeris (xkonfem lg) dan akan diterjemah..Majlis akan ditutup dengan beberapa buah alunan qasidah lagi sekali lagi daripada kumpulan AL-FAIDH..

Aku berasa sangat bersyukur kerana Allah mengurniakan nikmat ini kepada aku dan sahabat2 aku di sini untuk bersama2 dengan para ulama’..


SYEIKH AHMAD DABBAGH AKAN HADIR  (RABU) 7/03/2012

“AYUH SAHABAT2 ORANG MUDA KITA PENUHKAN RUANG SURAU AL-FALAH UNTUK MEYAMBUT KEDATANGAN ULAMA’ INI..DIGALAKKAN MEMAKAI PAKAIAN BERWARNA PUTIH”


Friday, March 2, 2012

~AL-FAIDH PENYEBAR CINTA BUAT-MU YA RASULULLAH~


Assalamualaikum ya habibi semua…moga2 semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dalam keadaan sentiasa mengingati Allah..


Post kali ini aku nak cerita satu perkataan iaitu AL-FAIDH.Jika dilihat secara zahir aku rasa kita pasti xnampak pun apa yang istimewa kat perkataan ni. Maksud dia pun biasa2 ja iaitu ‘limpahan’. “Hanya Jauhari Yang Mengenal Manikam”. Hanya orang yang mengerti sahaja akan menghargai dengan sesungguhnya perkataan ni..=).

Ini merupakan nama sebuah kumpulan qasidah di tempat aku ni..


kumpulan al-faidh sedang membuat persembahan di satu majlis


kumpulan al-faidh bersama dengan sidi syeikh rohim

IPG Kampus Pulau Pinang..kata lain maktab perguruan la..ada orang Tanya plak qasidah tu apa ekk???haa qasidah ni alunan syair puji-pujian kepada Allah dan Rasulullah yang dikarang oleh pencinta Allah dan Rasul sejak dulu..Apabila mereka terlalu sayang dan rindukan Allah dan Rasulullah maka mereka memuji-muji Allah dan Rasul.. Qasidah boleh dikatakan sebagai puisi atau puji-pujian terhadap Allah mahupun Habibuna Rasulullah S.A.W. Qasidah sangat terkenal di kalangan ahli-ahli sufi sebagai satu cara mereka meluahkan rasa rindu dan kagum mereka kepada Allah, RasulNya, Para Sahabat Nabi, Wali-wali Allah dan guru-guru mereka yang Mursyid.

Kita tengok pada orang yang sedang hangat bercinta mereka pasti gemar melagukan lagu2 cinta.sama juga dengan wali2 Allah ini apabila mereka sangat cintakan Allah dan Rasul mereka pasti akan memuji kekasih mereka itu..Beza orang yang sedang bercinta kerana dunia mereka hanya akan memuji kekasih mereka itu apabila kekasih mereka berada di depan mereka..kalau xdak depan depa,depa kutuk berasap..hehe..tetapi cinta para wali ini sangat mendalam dan hakiki..dimana sahaja mereka pasti memuji kekasih mereka..ni adalah asal-usul qasidah yang aku tau la..sapa lagi yg tau bleh tambah..


Balik kepada matlamat asal kita berkaitan dengan AL-FAIDH..nama kumpulan qasidah kat tempat aku.Nama kumpulan ni istimewa kerana diijazahkan oleh guru kami yang mulia Sidi Syeikh Rohimuddin An-Nawawi..seorang ulama’ dari Indonesia berketurunan Rasulullah dan menetap di Cairo Mesir. Nama ini diberi ketika kunjungan sidi ke tempat kami buat kali pertamanya pada tahun lepas..kami memohon syeikh memberikan nama kepada kumpulan kami ini.penubuhan kumpulan ini tidak ada sebab lain melainkan hanya untuk menzahirkan rasa cinta kita kepada Rasulullah SAW dan ingin mengajak semua orang turut rasa apa yang kami rasa..



 sidi syeikh rohimuddin


al-faidh bermaksud limpahan cinta Rasulullah..dengan pengijazahan nama ini sidi berharap al-faidh dapat melimpahkan rasa cinta kepada baginda kepada semua orang..teringat kata2 ketika kuliah di sini
"al-faidh ini sentiasa di hati saya dan saya sentiasa mendoakan al-faidh agar terus dapat membawa nama Rasulullah dan melimpahkan rasa cinta kepada semua orang"
aku masa dengaq sidi kata camni rasa sebak xsangka kumpulan kami ini sentiasa berada di hati sidi.Al-faidh banyak mendapat undangan dari pihak2 luar untuk membuat persembahan dan kami sentiasa cuba untuk memenuhi undangan tersebut..qasidah adalah khidmat dan kami tidak mengenakan sebarang bayaran tetapi terpulang kepada pihak penganjur..

kumpulan kami ini juga baru dan sedang belajaq dan dalam pembinaan.jadi kami memerlukan sangat bantuan dan sokongan dari semua pihak..



Aku rasa dah panjang aku tulis moga2 bermanfaat kepada semua yang baca ni..doakan al-faidh sentiasa istiqamah menyebarkan cinta kepada kekasih kita Rasulullah SAW..
sekian,wasslam...

Wednesday, February 29, 2012

~SEHARI BERSAMA JENAZAH~

Assalamualaikum semua..............=)
Apa habaq semua..dah berzaman aku x bukak blog ni..aku ni mmg jnis malas nk tulis tp tgk org ada blog aku pn nk gk..hihi..kita pergi ke agenda utama kita..
Tengok tajuk kat atas bunyi macam seram dok..xseram pn..ni aku nak cerita tentang kursus pengurusan jenazah yang akan di buat kat maktab aku..=)..Alhamdulillah Allah bagi aku dok dalam bumi ilmu ini..Benda ni dah lama nak buat dari taun lepas tp Allah xizinkan dan ada hikmahnya..setiap yg berlaku mesti ada hikmah..semut yg kecik tu pn ada sebab Allah buat..kat bawah ni poster program ni...


Poster dia nampak cam menakutkan gk..Ada gk org komplen knapa perlu poster cmni kalau pengurusan jenazah..Ada orang kata ok la untuk ingatkan orang tentang mati..xpa2..manusia ada macam2 pendapat..teringat kata2 Syeikh Nuruddin Marbu Al-banjari guruku yang ku cinta

tuan guru syeikh nuruddin
"carilah keredhaan Allah dan jangan mencari keredhaan manusia kerana manusia tidak pernah berpuas hati".

Jadi bg aku poster ni ok ja..
Adoi td aku nak cerita kepentingan p program ni..Terlajak p kat lain plak..
program ni dia ajaq kita cmna nak uruskan jenazah daripada mandi,kafan dan solat..Jadi kalu kita blajaq bnda ni, andai ditakdirkan orang2 kesayangan kita pergi dulu dari kita boleh la kita turut sama menguruskan jenazah lagi baik jadi ketua dan imam.Aku tringat satu cramah ust Don yg mnjadi kegemaran sahabat sekelasku..Dia kata kalau kita blajaq,bila mak ayah kita mninggal nanti, kita ng adik beradik kita ja yg uruskan.senang skit..xpayah panggil orang lain..

ust don danial

ust don kata lagi kalau ada aib pun masa kita tengah bagi mandi tu, kita ng adik beradik kita ja tau..kalau orang lain mungkin setaun dua dia bleh smpan rahsia tp lama2 terkeluaq gk crita msa dia bg mndi mak ayah kita dulu.. "hg ingat dak dulu masa bg mandi pak mut tu, dia punya ..........."..contoh je la..kita bleh bg mndi slow2 sbb 2 adab dgn mayat..xbleh kasaq2..ust don kata lg, lepas kita solat jenazah, imam akan tanya "apa kita nak kata pada mayat ini??".ust don kata kalau kita jadi imam kita bleh tanya "apa tuan2 nak kata pada ayah saya ni?"..kan sopan skit bnyi dia..kn2??
ni baru skit weh kelebihan dia..ada banyak lagi kalau bagi laut jadi dakwat pn xcukup aku nak tulis..hehe..jadi saya menyeru kepada semua warga IPG KAMPUS PULAU PINANG untuk menyertai program ini..waktu muda inilah kita nak cari ilmu sebab tu la waktu muda ni waktu emas..jangan sia2 kan waktu muda kita seperti kebiasaan remaja lain yg pnuh dengan hiburan gila dari barat..tengok maklumat dia kat poster atas tu..ok jumpa lagi ya semua ya habibi..=)..wassalam


"setiap yang bernyawa pasti akan mati tidak akan cepat walau sesaat, tidak akan lambat walau sesaat, tidak kira di mana sahaja"

Tuesday, August 9, 2011

Assalamualaikum..peringatan untuk alfaqir dan sahabat2 lain..


Sebuah Seloka: Bertajuk : “KITA DAN AURAT(I)”
Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.
Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun ‘make up’.
Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.
Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.
Pakaian modern(?) memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakaipun nampak pusat.
Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.
Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung.
Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.
Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.
Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.
Kalau nak “Make Up” biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.
Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.
Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.
Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.
Selokaku ini bukanlah jahat,
*****a saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.
Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.
Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.
Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.
Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh besok mulai.
Sekian Terima(lah) Kasih,

Saturday, May 21, 2011

Assalamualaikum..lama dah xupdate..masa exam pn bleh gk..hehe

Jagalah AURATmu SAYANG ku......
Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.


Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.


Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.


Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.


Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.


Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.


Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.


Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?


Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.


Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.


Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.


Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.


Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.


Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri.
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga.
Sesuatu yang berharga dan bernilai perlu dijaga dengan baik.
Semakin dibuka semakin kurang nilai harganya..
Bajailah ia dengan iman dan takwa semoga membuahkan hasil yang sungguh bernilai.




قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ (٣٠)


30. Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.


(Surah An Nur : Ayat 30)




وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الإرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (٣١)




31. Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.


(Surah An Nur : Ayat 31)




يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لأزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا (٥٩


59. Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan Yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


(Surah AL Ahzab : Ayat 59)




يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنْزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا وَلِبَاسُ التَّقْوَى ذَلِكَ خَيْرٌ ذَلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ (٢٦)


26. Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian Yang berupa taqwa itulah Yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).


(Surah AL A'raaf : Ayat 26)


Akhir kalam,Wahai wanita Muslimah jagailah pakaian mu dan akhlak mu supaya mudah Muslimin menjaga mata dan nafsunya.


Wallahua'lam.

Sunday, April 17, 2011

Duhai Lelaki.. Duhai Wanita...

DUHAI LELAKI
jangan bicara tentang cinta...........jika matamu masih meliar melihat kecantikan
jangan bicara tentang cinta...........jika gagahmu engkau salah gunakan
jangan bicara tentang cinta...........jika hatimu masih bongkak dengan keegoan
jangan bicara tentang cinta...........jika tingkahmu hanya ingin dibanggai
jangan bicara tentang cinta...........jika mulutmu sekadar bermadah kosong
jangan bicara tentang cinta.......... jika solat sekadar pelikat tanpa baju

DUHAI WANITA
jangan bicara tentang sayang...........jika perhiasanmu engkau pamerkan tanpa segan
jangan bicara tentang sayang...........jika suaramu kau manjakan bukan pada layaknya
jangan bicara tentang sayang...........jika langkahmu ingin menarik mata durjana
jangan bicara tentang sayang...........jika hatimu sekadar ingin diisi madah bicara
jangan bicara tentang sayang........... jika kesopananmu bukan pada tuhan

DUHAI LELAKI DAN WANITA
jangan bicara tentang berkasih........jika solatmu tidak kau kasih kepadaNya
jangan bicara tentang berkasih........jika keluargamu engkau abaikan
jangan bicara tentang berkasih........jika orang tuamu kau jadikan lawan
jangan bicara tentang berkasih........jika sahabat engkau perdayakan
jangan bicara tentang berkasih........jika Al-Furqan betingkah bacaan
jangan bicara tentang berkasih........jika nafsu yang hatimu bertunjangkan